PBB???

Tuesday, March 22, 2011

erm hari ni..fokus...surat khabar...blog....berita tv......akhirnya aku rasa terpanggil untuk luahakan sesuatu kat blog ni....isu mesir....jepun...libya....apa lagi....banyak!!!..dulu iraq.....pelestin....argkh!!!!


sapa ni penyanyi lagu keamanan??

kalaulah aku ada kuasa segala......hrm......sedih bersemangat!!!! orang berbicara....apa guna PBB..betul juga...apa guna PBB??


aku teringat....satu kajian aku..dalam assignment isu serantau....tentang PBB.....


pada aku...tragedi yang telah meragut ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa itu seharusnya dilihat sebagai sebuah simbol kegagalan masyarakat antarabangsa menangani krisis kemanusiaan yang berlaku di merata dunia . Sebagai contoh, isu di kashmir.....walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) telah mengeluarkan tiga resolusi pada 1948, 1949, serta 1957, ia sekadar terhad di atas kertas semata-mata tanpa ada sebarang usaha yang berkesan yang dilakukan untuk melaksanakannya...


aku bukan cakap kosong......sebagai contoh, Resolusi 122 yang dikeluarkan pada 1957 telah memberikan kebebasan kepada penduduk-penduduk Kashmir untuk menentukan hala tuju politik mereka sendiri seperti mana yang tertera dibawah, “The Final disposition of the State of Jammu and Kashmir will be made in accordance with the will of the people expressed through the democratic method of a free and impartial plebiscite conducted under the auspices of the United Nations.” Kegagalan PBB serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkenaan untuk memainkan peranan secara aktif di dalam kemelut yang sekian lama membelenggu masyarakat Kashmir , secara langsung menyerlahkan sikap pilih bulu di kalangan pengamal-pengamal politik di peringkat antarabangsa yang sering melaungkan retorik untuk memperjuangkan hak asasi manusia.


cuba korang pikir.... apakah tanda aras yang digunakan oleh para pengamal politik antarabangsa ini untuk mengenakan sebarang tindakan serta tekanan kepada pihak yang sengaja melanggar batasan hak asasi manusia, yang telah ditetapkan oleh masyarakat antarbangsa melalui pelbagai piagam serta undang-undang, untuk dilaksanakan badan-badan bertindak antarabangsa seperti PBB, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), mahupun Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Untuk negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (A.S) pula, mengambil pendekatan membisu, walhal kemelut yang melanda Kashmir itu berada dalam ruang lingkup promosinya untuk menegakkan keadilan sejagat.    



kashmir.....


I have to love my country and justice.
Albert Camus - Novelis Perancis

0 comments:

Post a Comment