Tuesday, February 19, 2013

Bismillahirahmanirahim.....

Aku mulakan dengan kalimah Lailahhaillah..

 "AKU ANAK KAMPUNG" 

Mungkin ini seperti lazim cerita hati manusia.. 
tapi ini cerita aku.. 
cerita diri aku..cerita jiwa aku.. 
sebelum aku pergi dengan lebih jauh..
aku suka mengimbau sejarah.. 
sejarah mengajar kita jati diri.. 

Satu tika dulu.. 
aku bukan sesiapa.. 
seorang anak kampung yang tidak ada apa2..
keluarga yang sederhana..
 minda yang sederhana..
 jiwa yang kecil.. 
sahsiah yang berduri... 

 Di sekolah, aku bukan si bijak.
.aku bukan si baik.. 
aku nakal..kelas hujung..
kurang cerdik.. 
stigma.. tiada masa depan.. cukup sinonim dgn aku..
 tapi mereka lupa ..
aku ada cita-cita.. 

Bangkit dari kegagalan.. 
Sedar dari kealpaan.. 
memandang diri pada paksi budi.. 
itulah aku..
aku bangun dari selemah-lemah jiwa.. 
hingga mampu menjadi si peneraju cita-cita.. 

 Bertahun aku diperhamba keperitan hidup.. 
terhimpit dalam kesempitan.. 
terhina dalam kekurangan... 

kini...aku adalah aku.. 
sesuatu yang dibanggakan..
 sesuatu yang mampu mengalirkan air mata ibu dan ayah.. 
atas keunggulan ikhlas mengapai kejayaan..
dan mengubah nasib keluarga.. 

Tiba jua saat rawan..
kupas mengupas persoalan masa depan.. 
kini aku terpaksa bersama diri...
bertemankan air mata..jiwa..untuk membuat pilihan.. 
antara yang indah untuk esok..
dengan..
melepaskan bahagia pada hari ini..

Pesan aku sebagai pamit tua..
apa pun cerita esok..
teruskan perjuangan kalian..
INTOWESEE tetap dihati..
~SALAM SANTUN BERBUDI~


Ya Allah bantulah hambaMU ini..
Ya Allah.. ku dambakan kekuatan..


Monday, February 4, 2013

Lagu Baru (Bangang

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Bangang 2x

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Bangang 2x

Kini aku sakit
Membuktikan yang ku mmg sakit (hati)
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Bangang..bangang..

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Bangang..bangang..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

bangang..bangang.. 2x

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Bangang 2x

Sumber : JIWA BARA -

JANGAN MAIN API . API PANAS. = MAIN POMPUAN MASAK-MASAK. SEDAP.


Budak Gila!!!

Tuesday, July 17, 2012

KAU budak SIAL!!! SIAL??? S- seperti bermain dengan mimpi.. Kau cakna rencong jalan terkencong –kencong… Dulu suka memalit sembilu pada diri sendiri.. Matang separuh baligh.. Memikir telur separuh masak.. Itulah kau suka dunia lupa mati!!! Kau memang gila.. Gila???? Lelaki gila!!!! Hujung cerita hampir tiba.. Nasib kau budak gila!!! Secara tiba hadir pawana rimbun ubah labah!!! Menarik kau yang hampir putus nyawa sendiri Kerana kau tetak dengan sikap mencari duniawi.. I- istilah kesilapan itukan permainan??? Silap sendiri rasalah ibarat muka dipijak kaki.. Kau memang suka gila.. kerana kau memang gila.. Berkat taubat bawa sahabat!!! Kau ubah diri dari termenung memikir silap Kepada seorang yang setidaknya memakai KETAYAP Dulu dibenci kerana perangai serupa BABI!!! Kini dihormati juga kerana sikap ibarat lilin membakar diri… Kau memang manusia bersegi.. Rupa berseni..memikir segenap inci..bertindak berhati – hati.. A- aku? Hahahaha… aku bukan siapa – siapa.. Cuma bedak penghias muka.. Dipakai bila berhias..hilang bila dibilas.. Tetapi itu ruang kosong yang tidak perlu di fikir… Kerana kosong itu perlu untuk kau isi dengan sarjana kasihmu.. Pastinya tidak berdetik jantung ukhwah Andai hanya aku memula tingkah.. Sedangkan kau tidak mahu menoleh bila melangkah.. Ah.. apa perlu kuatir.. kau pasti juga akan mengucup dahiku Andai aku bersahabat dengan akhirat sebelum kau budak gila!!! L- lambaian kejayaan menanti kau di hadapan… Kau memang layak untuk berjaya Kerana kau sudah puas merana!!! Kau budak gila!! Santunmu ibarat nurbisa merelung jiwa.. Kasihmu ibarat pelepah paut tak rebah… Hei budak gila..jangan fikir soal cinta. Cinta itu cili padi salah makan wad lelaki nanti!!! Dia akan datang..kau tak payah nak sebok2 menatang… Kau kan budak gila arjuna bintang.. Kelip malam mengamit pungguk? Pungguk rindu bulan.. Budak gila… Kau dah puas mengenal diri.. Sekarang kau berambus pergi.. Bawa dunia kau sendiri.. Jangan balik sebelum mampu kau boleh tidur dalam menari.. Budak gila.. kau memang gila.. Kau buat semua gila dengan gila budak gila.. Aku sayang kau budak gila… Aku cabar kau budak gila!!! Jumpa aku di puncak kejayaan!!! Jangan jadi pondan!!!
Budak SIAL bersama _ _ _ _ _ _ _ ......

Adam Adli '-'

Friday, January 13, 2012

Salam pembuka tirai.. :)
Tahun baru 2012.. terlalu lama ruangan ini tidak tercalit tinta bicara hati, kesungguhan mencari ilmu bersulam secebis pengalaman dalam proses mematang diri menjadikan ruangan ini 'tersingkir' buat seketika dari jadual harian insan longlai tapak bersendi....

Secara jujur, terlalu banyak hamparan cerita nak dikongsi bersama.. namun bagi segumpal hati milik insan 182cm ini..cerita seorang figura terpalit DEGIL di kanvas hati..

ADAM ADLI= junior aku
ADAM ADLI= kawan aku
ADAM ADLI= teman NGETEH aku
ADAM ADLI= kami tidak pernah bermusuh

so? apa masalahnyeeeeee ... ayam goreng rempah Catering Pak Cik Yazid sedap (tkde kaitan)

Biarlah apa ceritanya.. dia tetap ADAM yang aku kenal...
Begong ko dam , takde keje la tu.. buat la lagi benda bukan2.. kah kah kah...

3 sem dam..benda la ko buat ni...aku dah la last sem..baru nk tgk kau jai MPP alahai...sapa nk teman aku mkn tosey lagi dam?


kenangan bersama si pencetus UPSI jadi GINI haahhaha...


Awan Rindu..

Sunday, October 30, 2011

Telah ku ukir halus garis-garis kenangan
Lalu dibalasnya dengan senyum tawa
Membawa hatiku terbang..tinggi melayang
Memimpin tangan mereka satu-satu
Menggenggam impian

Terlukis sayang di kanvas hati
Mengasak rasa rindu tak pernah berhenti
Bila mana jarak dan masa mula berkira untuk memisahkan kami
Hati-hati ini
Lalu adakah cerita ini akan abadi?
Atau rindu ini bakal menyepi?
Lalu tanpa kita sedar ia mula terhakis dengan sediri ?

Di sini tercabar hati-hati
Di sini juga telah mekar kasih sejati
Di sini tertabur bebenih budi
Di sini teringat sehingga mati

Murid ku
Biarkan rasa ini
Biarkan hati ini
Berlalu pergi
Pergi yang pastinya punya pengganti

Goresan warna cukup indah dalam hidup ku dari kalian
Akan ku bawa
Walau bersama murid baru ku nanti..
ceritaku bersama mereka

SMK Tapah dalam kenangan...
9 Mei - 26 Ogos 2011

Cerita kita.... 6 Rendah..Santun Berbudi..

Lukisan Rindu...4 O..Geng Penyamun Ayam :)


ITULAH JIWA.

Monday, June 20, 2011

Ayam..ayam ..ayam...hehe....takde apa2...saja2. je....lama tak menulis...hah!!! erm...baru2 ni..selepas balik dari percutian bersama UKLK..di TIOMAN...perut mendatangkan sakitnye..hehe....ulser..uh sakitya.....tapi bukan hal itu yang nak dibicarakan bersama...;)
aku nak berkongsi satu cerita yang agak menarik nak diperkatakan...selepas baik sedikit dari sakitnya itu... (sungguh menyekema)aku diminta oleh sahabat karib aku..en iqbal suhaimi..(suhaimi tu saja aku panggil sebab.tah suka aku la hehe...)untuk bagi motivasi pada calon2 UPSR sekolah persendirian...erm...KOL JAM 9MLM..ESOK JAM 9 PAGI dah nak bagi motivasi... ;)tapi demi sahabat dan anak bangsa ku gagahi jua...

Esok dengan izin Allah sampailah ke destinasinya... wah nak jadikan cerita rupanya..sekolah tu sekolah milik PAS...aku tersenyumm puas.. ;)pada mulanya agak gementar jua jiwa nak mulakan..namun aku teruskan..bukan kerna apa..menatap wajah mereka yang cukup suci...Allah... Secara kesimpulannya.. dah lebih 20 buah sekolah aku turun bagi motivasi...tapi kali ini terserlah..perbezaan peserta yang aku temui dari sebelum2 ini...

Dari modul sikap dan segalanya...sangat menghasilkan perbezaan.. anak2 ini sangat..uh...baik lakunya..jika selama ini manusia selalu prajudis dengan sekolah2 swasta seperti ini lebih2 lagi bila mempunyai title AGAMA...namun pada aku..itu semua HAMBATAN POLITIK..aku cukup senang dengan mereka..

Pada mereka yang diluar sana...sudah2lah..membina persepsi yang agak zalim pada hak MEREKA..adik2 ..abg doakan..adik2 berjaya dunia akhirat...insyaALlah..


KESEDERHANAAN..MENCARI JIWA...



ALLAH ITU SATU...


MENDIDIK AKAL MENYANTUN BUDI...


TERBIAS FAWATIH...

Hmmmm....

Monday, June 13, 2011

Pekida tenggelam kerana ahlinya tidak mengkaji sejarah penubuhannya. Pekida bukanlah seperti yang di gembar-gemburkan sebelum ini adalah persatuan kongsi melayu 30. Persatuan kita diasaskan oleh pejuang-pejuang melayu dahulu.
Tahukah mengapa pekida terjebak di dalam kongsi gelap cina?
Pada awalnya pejuang melayu seperti ahmad boestamam, Pak Sako, Rashid Maidin, Ahmad bin Indera dan lain-lain memeperjuangkan tanahair kita dengan semangat juang yang murni. Mereka bukan diperalat oleh kaum cina. Chin Peng menjalinkan hubungan dengan mereka ini untuk menarik lebih ramai masuk komunis. Jadi pejuang kita mahukan senjata, mereka menggunakan komunis sebagai wadah kerana tujuan mereka sama. iaitu membebaskan tanahair dari british.
Dari situlah elemen kongsi gelap cina masuk. Simbol atau lebih dikenali sebagai buah semua berasal dari situ. Jika tidak percaya, cuba kita lihat filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin. Komunis menggunakan dahan pokok kelapa dijadikan penunjuk arah. Sekarang kita gunakan untuk penunjuk arah berkampung.
Sekarang ini jika ingin tahu cara orang dulu-dulu bai`ah, bole kita lihat di drama bersiri Warkah terakhir. Perjuangan Rosli Dhoby. Cara gerakan rukun 13 dibai'ahkan. Itulah cara sebenarnya bai'ah orang dahulu. Sekarang ini sistem bai'ah sudah lebih mirip kepada kongsi gelap.
Elemen kongsi gelap cina masuk ke dalam pekida adalah elemen komunis. Pejuang kita dahulu tidak ikut semua itu. Mereka berjalan sebagai tuan kepada cina. Orang cina memandang tinggi kerana kepandaian dan kepahlawanan orang melayu dahulu.
Rashid Maidin juga seorang Ayahanda. Ibu pejabat Pekida tidak mengaku Ayahanda pak Long Burung sebagai ayahanda. Tetapi tidak pula menghalang atau membanteras ketika 'orang tua' itu cergas. sekarang sibuk menidakkan keahlian.
Kami kesal dengan tuduhan ibu pejabat pekida yang sibuk mengatakan orang ini bukan ahli, orang itu terpesong, jika bukan ahli cuba buktikan, jika terpesong cuba betulkan. Bukan hanya menyalak di luar saja.
Jangan jadikan pekida sebagai wadah perjuang untuk duit. Pejuang kita dahulu tidak berduit. Tidak pula berkereta mewah. tetapi mereka punyai semangat juang yang murni untuk membebaskan bangsa dari cengkaman penjajah. Selagi kita hanya pandai menyalak seperti anjing, jangan kita mimpi gunung akan runtuh.
Pekida harus dibersihkan wadah perjuangan. Bangga dan kagum dengan sesetengah kawasan yang sudah mula mengorak langkah. Memperbarui rentak dengan baik. Syabas. Kawasan-kawasan ini perlu dijadikan contoh.
Kepada ayahanda-ayahanda yang masih buta tuli membai'ah, insaflah. Amanah anda yang dipikul akan ditanya di akhirat. tahukah seorang ayahanda, kitab amalannya hanya akan ditutp ketika kiamat. Ini kerana anak-anak bai'ahnya masih membawa ajarannya. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Saya menyeru ibu pejabat pekida, anda adalah tunggak pekida malaysia. Jadikan pertubuhan ini pertubuhan perjuangan orang melayu yang sebenar.
Perbetulkanlah yang mana masih tergadah...