mengisi masa lapang...ketika adikku memberi motivasi..hehe

Friday, March 25, 2011

hari ini aku sangat bertuah...sebab berjaya gak tgk secara live adik saya memberi motivasi kepada pelajor sekulah hehhe!!!! wow best!!! KHUDREE ADHA terbaik!!! mantap!!!
hehhee....

sambil2 tu......aku mula la menulis...apa yg aku se aku nk tulis....lama dah...sebab mungkin ada kene mengene dgn life aku...kwn2 aku....erm..yela..motivasi dari pgi sampai petang...so sambil2...hehe..selepas...mkn tghari...aku pon mula menulis...terimalah....


Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar di sisi undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah di sisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.
KONGSI GELAP!!!
 Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi pekerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya. Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu. 
Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. 
Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamak kan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi.
 Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".
Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi. Justeru itu tepuk dada tanya iman ?.adakah Angkatan Tentera Fisabilillah yang memperjuangkan Agama, Bangsa & Tanah air & KONGSI GELAP patut DI SAMA kan???


KONGSI MELAYU??

 Pertama: Ahli fisabillillah yang bersumpah dengan kalimah Allah dan Al-Quran sebagai saksi. Bermula di zaman Rasulullah s.a.w. Mempunyai undang2 dan peraturan khusus sebagai seorang pejuang berlandaskan al-Quran dan al-hadis. Misi dan visi perjuangan juga jelas -Agama, Bangsa dan Tanah Air.. Pergerakan bawah tanah.

 Kedua: Ahli kongsi yang bersumpah di hadapan dewa bersaksikan langit dan darah mereka. Bermula pada tahun 1760 semasa dinasti Qing. Mempunyai 36 peraturan dan 21 perlembagaan yang wajib diikuti oleh setiap ahli. Misi dan visi perjuangan juga jelas - Bangsa, Kuasa dan Jajahan. Pergerakan bawah tanah. Yang jelas, kedua-duanya adalah satu perjuangan. Tentera Fisabillillah bersumpah menegakkan Islam, Tentera Merah bersumpah mengembalikan kegemilangan Shao-Lin mereka.

Kedua-duanya juga mementingkan ikhwan insan iaitu perhubungan sesama insan. isu yang nyata sekarang ialah sejauh kekuatan ahli berpegang pada sumpah yang di lafaz? Sekuat mana roh ikrar yang diucapkan? Apa pencapaian kita berbanding mereka? Di mana letaknya nilai ukhuwah apabila semakin ramai berpuak2? Memang kita boleh katakan setiap yang beragama Islam itu bersaudara.

Tetapi realitinya? Adakah kita tetap bersatu hati jika masing2 masih berbangga dan fanatik kan asal-usul sendiri dan mempertikaikan yang lain? Dengan mudah boleh tunjukkan seratus ahli Fisabillillah yang telah bersumpah menjaga rahsia tetapi belum tentu boleh tunjukkan ahli kongsi yang sebenar2 ahli ( tidak merujuk kepada mereka2 yang mendakwa kononnya merekalah ahli kongsi).

Maksudnya di sini, kerahsiaan perjuangan itu sudah tiada apabila pemimpin2 dengan mudah boleh dikesan Jika yang bertanya, sejauh mana kejayaan tentera Fisabilillah? Itu adalah satu soalan yang sukar . Politik? itu mungkin... Ekonomi? Jauh sekali... Moral? Mungkin... Adakah kejayaan itu diukur mengikut bilangan ahli yang direkrut? kalau begitu, ramai yang telah berjaya. Chinatown terdapat dimana2 di seluruh dunia. Mereka telah berjaya dalam perjuangan mereka meluaskan kuasa dan jajahan. Apa rahsianya?

Wallahualam....Namun, tidak semua ahli begitu. Dalam setandan mustahil semuanya gred A belaka... Siapa tahu, mungkin daripada senarai 20 orang terkaya di Malaysia, mereka adalah terdiri daripada ahli-ahli kongsi gelap? Yang baik diikut, yang buruk ditinggalkan... mungkin sebab ini Rasulullah SAW menyuruh umatnya tuntut lah ilmu sampai ke China... Kalau nak suruh jadi doktor atau ahli matematik mahupun saudagar, rasanya tokoh2 Islam lagi advanced zaman dulu.


KONGSI GELAP???
(mungkin betul sebab ada yang gelap!!!)
Errrr sedap korang bace ye…aku yang pecah otak menaip..
tq kepada my bro!!! KEKANDA BUANA

alamak tak solat lagi la!!!!!! uih lewat dah ni!!!
Bersambung…/// -anak malim-

2 comments:

najah said...

erkkk, ahli kongsi gelap ke??

Kacak UPSI said...

haah..geng berop..lipat kain.

Post a Comment