erm...teringin nak menulis....

Monday, March 21, 2011

KELEBIHAN PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM

Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.

Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.

Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.

Syarat yang dikenakan untuk memasuki T6 juga mudah iaitu LULUS dalam SPM dengan KEPUJIAN 3 subjek termasuk BAHASA MELAYU serta berumur antara 17 hingga 20 tahun. Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN – calon mestilah memperolehi jumlah aggregat TIDAK MELEBIHI 8 unit bagi tiga subjek terbaik dan jurusan SAINS, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dengan jumlah aggregat yang tidak melebihi 18 unit. 
( Buletin KPM: WARTA PENDIDIKAN, Bil 2/1999 )

PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM

MATRIKULASI

Tempoh pengajian 3 semester
Sama
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Sama
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

PENUTUP

Semoga dengan pendedahan ini akan meluaskan pengetahuan pelajar khususnya pelajar tingkatan 6 rendah yang baru mendaftar di sekolah. Yang terpenting, pelajar mempunyai semangat dan daya usaha yang kuat untuk berjaya dalam STPM.

Ingatlah, kejayaan seseorang pelajar dalam STPM itu bergantung kepada jumlah kapasiti USAHA pelajar itu sendiri – bukannya kepada faktor popular sesebuah sekolah ataupun nama sesebuah sekolah itu.

OK, TAHNIAH, SYABAS DAN SELAMAT DATANG KE ALAM FORM SIX !

pstt... : teringat zaman sekolah dulu hahaha...zmn form 6..


0 comments:

Post a Comment