Budak Gila!!!

Tuesday, July 17, 2012

KAU budak SIAL!!! SIAL??? S- seperti bermain dengan mimpi.. Kau cakna rencong jalan terkencong –kencong… Dulu suka memalit sembilu pada diri sendiri.. Matang separuh baligh.. Memikir telur separuh masak.. Itulah kau suka dunia lupa mati!!! Kau memang gila.. Gila???? Lelaki gila!!!! Hujung cerita hampir tiba.. Nasib kau budak gila!!! Secara tiba hadir pawana rimbun ubah labah!!! Menarik kau yang hampir putus nyawa sendiri Kerana kau tetak dengan sikap mencari duniawi.. I- istilah kesilapan itukan permainan??? Silap sendiri rasalah ibarat muka dipijak kaki.. Kau memang suka gila.. kerana kau memang gila.. Berkat taubat bawa sahabat!!! Kau ubah diri dari termenung memikir silap Kepada seorang yang setidaknya memakai KETAYAP Dulu dibenci kerana perangai serupa BABI!!! Kini dihormati juga kerana sikap ibarat lilin membakar diri… Kau memang manusia bersegi.. Rupa berseni..memikir segenap inci..bertindak berhati – hati.. A- aku? Hahahaha… aku bukan siapa – siapa.. Cuma bedak penghias muka.. Dipakai bila berhias..hilang bila dibilas.. Tetapi itu ruang kosong yang tidak perlu di fikir… Kerana kosong itu perlu untuk kau isi dengan sarjana kasihmu.. Pastinya tidak berdetik jantung ukhwah Andai hanya aku memula tingkah.. Sedangkan kau tidak mahu menoleh bila melangkah.. Ah.. apa perlu kuatir.. kau pasti juga akan mengucup dahiku Andai aku bersahabat dengan akhirat sebelum kau budak gila!!! L- lambaian kejayaan menanti kau di hadapan… Kau memang layak untuk berjaya Kerana kau sudah puas merana!!! Kau budak gila!! Santunmu ibarat nurbisa merelung jiwa.. Kasihmu ibarat pelepah paut tak rebah… Hei budak gila..jangan fikir soal cinta. Cinta itu cili padi salah makan wad lelaki nanti!!! Dia akan datang..kau tak payah nak sebok2 menatang… Kau kan budak gila arjuna bintang.. Kelip malam mengamit pungguk? Pungguk rindu bulan.. Budak gila… Kau dah puas mengenal diri.. Sekarang kau berambus pergi.. Bawa dunia kau sendiri.. Jangan balik sebelum mampu kau boleh tidur dalam menari.. Budak gila.. kau memang gila.. Kau buat semua gila dengan gila budak gila.. Aku sayang kau budak gila… Aku cabar kau budak gila!!! Jumpa aku di puncak kejayaan!!! Jangan jadi pondan!!!
Budak SIAL bersama _ _ _ _ _ _ _ ......

0 comments:

Post a Comment