ITULAH JIWA.

Monday, June 20, 2011

Ayam..ayam ..ayam...hehe....takde apa2...saja2. je....lama tak menulis...hah!!! erm...baru2 ni..selepas balik dari percutian bersama UKLK..di TIOMAN...perut mendatangkan sakitnye..hehe....ulser..uh sakitya.....tapi bukan hal itu yang nak dibicarakan bersama...;)
aku nak berkongsi satu cerita yang agak menarik nak diperkatakan...selepas baik sedikit dari sakitnya itu... (sungguh menyekema)aku diminta oleh sahabat karib aku..en iqbal suhaimi..(suhaimi tu saja aku panggil sebab.tah suka aku la hehe...)untuk bagi motivasi pada calon2 UPSR sekolah persendirian...erm...KOL JAM 9MLM..ESOK JAM 9 PAGI dah nak bagi motivasi... ;)tapi demi sahabat dan anak bangsa ku gagahi jua...

Esok dengan izin Allah sampailah ke destinasinya... wah nak jadikan cerita rupanya..sekolah tu sekolah milik PAS...aku tersenyumm puas.. ;)pada mulanya agak gementar jua jiwa nak mulakan..namun aku teruskan..bukan kerna apa..menatap wajah mereka yang cukup suci...Allah... Secara kesimpulannya.. dah lebih 20 buah sekolah aku turun bagi motivasi...tapi kali ini terserlah..perbezaan peserta yang aku temui dari sebelum2 ini...

Dari modul sikap dan segalanya...sangat menghasilkan perbezaan.. anak2 ini sangat..uh...baik lakunya..jika selama ini manusia selalu prajudis dengan sekolah2 swasta seperti ini lebih2 lagi bila mempunyai title AGAMA...namun pada aku..itu semua HAMBATAN POLITIK..aku cukup senang dengan mereka..

Pada mereka yang diluar sana...sudah2lah..membina persepsi yang agak zalim pada hak MEREKA..adik2 ..abg doakan..adik2 berjaya dunia akhirat...insyaALlah..


KESEDERHANAAN..MENCARI JIWA...



ALLAH ITU SATU...


MENDIDIK AKAL MENYANTUN BUDI...


TERBIAS FAWATIH...

Hmmmm....

Monday, June 13, 2011

Pekida tenggelam kerana ahlinya tidak mengkaji sejarah penubuhannya. Pekida bukanlah seperti yang di gembar-gemburkan sebelum ini adalah persatuan kongsi melayu 30. Persatuan kita diasaskan oleh pejuang-pejuang melayu dahulu.
Tahukah mengapa pekida terjebak di dalam kongsi gelap cina?
Pada awalnya pejuang melayu seperti ahmad boestamam, Pak Sako, Rashid Maidin, Ahmad bin Indera dan lain-lain memeperjuangkan tanahair kita dengan semangat juang yang murni. Mereka bukan diperalat oleh kaum cina. Chin Peng menjalinkan hubungan dengan mereka ini untuk menarik lebih ramai masuk komunis. Jadi pejuang kita mahukan senjata, mereka menggunakan komunis sebagai wadah kerana tujuan mereka sama. iaitu membebaskan tanahair dari british.
Dari situlah elemen kongsi gelap cina masuk. Simbol atau lebih dikenali sebagai buah semua berasal dari situ. Jika tidak percaya, cuba kita lihat filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin. Komunis menggunakan dahan pokok kelapa dijadikan penunjuk arah. Sekarang kita gunakan untuk penunjuk arah berkampung.
Sekarang ini jika ingin tahu cara orang dulu-dulu bai`ah, bole kita lihat di drama bersiri Warkah terakhir. Perjuangan Rosli Dhoby. Cara gerakan rukun 13 dibai'ahkan. Itulah cara sebenarnya bai'ah orang dahulu. Sekarang ini sistem bai'ah sudah lebih mirip kepada kongsi gelap.
Elemen kongsi gelap cina masuk ke dalam pekida adalah elemen komunis. Pejuang kita dahulu tidak ikut semua itu. Mereka berjalan sebagai tuan kepada cina. Orang cina memandang tinggi kerana kepandaian dan kepahlawanan orang melayu dahulu.
Rashid Maidin juga seorang Ayahanda. Ibu pejabat Pekida tidak mengaku Ayahanda pak Long Burung sebagai ayahanda. Tetapi tidak pula menghalang atau membanteras ketika 'orang tua' itu cergas. sekarang sibuk menidakkan keahlian.
Kami kesal dengan tuduhan ibu pejabat pekida yang sibuk mengatakan orang ini bukan ahli, orang itu terpesong, jika bukan ahli cuba buktikan, jika terpesong cuba betulkan. Bukan hanya menyalak di luar saja.
Jangan jadikan pekida sebagai wadah perjuang untuk duit. Pejuang kita dahulu tidak berduit. Tidak pula berkereta mewah. tetapi mereka punyai semangat juang yang murni untuk membebaskan bangsa dari cengkaman penjajah. Selagi kita hanya pandai menyalak seperti anjing, jangan kita mimpi gunung akan runtuh.
Pekida harus dibersihkan wadah perjuangan. Bangga dan kagum dengan sesetengah kawasan yang sudah mula mengorak langkah. Memperbarui rentak dengan baik. Syabas. Kawasan-kawasan ini perlu dijadikan contoh.
Kepada ayahanda-ayahanda yang masih buta tuli membai'ah, insaflah. Amanah anda yang dipikul akan ditanya di akhirat. tahukah seorang ayahanda, kitab amalannya hanya akan ditutp ketika kiamat. Ini kerana anak-anak bai'ahnya masih membawa ajarannya. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Saya menyeru ibu pejabat pekida, anda adalah tunggak pekida malaysia. Jadikan pertubuhan ini pertubuhan perjuangan orang melayu yang sebenar.
Perbetulkanlah yang mana masih tergadah...