tetiba teringat zaman...dolu2.....

Tuesday, March 29, 2011

saya minat pantun..saya mula masuk pertandingan pantun tingkatan 2!!! saya dan team saya johan sekolah!!!

tingkatan 4 kalah pusingan kedua!!! peringkat daerah!!

tingkatan 5 kalah suku akhir!!! peringkat daerah!!!

tingkatan enam johan daerah!!!! naib johan negeri perak!!!!



PEMANTUN PERTAMA 


PEMANTUN KEDUA



PEMANTUN KETIGA



DI PENTAS AKHIR NEGERI...



NAIB JOHAN NEGERI....

masuk upsi tetiba...masa sem 4..ada rezeki..nak beraksi kembali....erm..teringat..





Aku rindu mereka!!!!!!!

Saturday, March 26, 2011

pergh...pas magrib..tertidur aku.....huhuhu...mungkin penat...seharian program..

pagi tadi program senamrobik jam 7am..i datang tak datang..hahha..tertidur..penat smlm tido jam 4...erm...
jam 9am ke motivasi plak SMK Dato Zul..
blk jam 5pm teros g program budak2 ko saya....terbaik lah!!!!
jam 5.30pm ganti kanda anizan rasmi penutup program budak ko wani plak..alahai..senamrobik sekali ngan budak2 tu tadi..fuh!!!

finat..finat...hhehe...eh kire ok la kan....aku tido...tanda aku nyokong la earth hour tu!!!!!heeeh..bgon mmg ngam2 hbs dah!!!! terbaik la kacak....hhahahaha

pastu..tetiba...aku dgr2 lagu..kt youtube...lagu2 nasyid...teringat la....kat zaman form 6.... Allah  aku rindukan..saat itu...kawan2...guru2....ah.....tetiba sebak....mungkin inilah yang dinamakan,...ukhwah..

sham= rajin datang sekolah teman gaduh....
bal=kojop je..pastu lari poli...
faris=wah...byk bantu time susah...
zimah=nasi lemak.haahhaha
shila=hpy...minah rempit hahaa
raja=wah...dia ni...tk penah kondem aku..sentiasa bagi motivasi..
k.a=terbaik la long!!!
adha=hahhahaha...yamaha kambing!!!
diana=minah potostat..
sun2=wah rindu dia!!!!
yen=undaik!!! gelak berirama...
ade=ayat dia"ape tgk2!! tk puas hati kantin la!!' hahaa
epoi=pandai sejarah ni..
kembor=suara jamal beb!!

sapa lagi ek..ramai o...!!! 3 kelas!!!!
ape2 pon aku rindu korang semua....kat mana la korang skang ek..... ;-)

aku pun ..luahkan rasa rindu ini pada...satu....garapan rindu...untuk kalian..sahabatku..sekelian.....terimalah....sob..sob....


mengisi masa lapang...ketika adikku memberi motivasi..hehe

Friday, March 25, 2011

hari ini aku sangat bertuah...sebab berjaya gak tgk secara live adik saya memberi motivasi kepada pelajor sekulah hehhe!!!! wow best!!! KHUDREE ADHA terbaik!!! mantap!!!
hehhee....

sambil2 tu......aku mula la menulis...apa yg aku se aku nk tulis....lama dah...sebab mungkin ada kene mengene dgn life aku...kwn2 aku....erm..yela..motivasi dari pgi sampai petang...so sambil2...hehe..selepas...mkn tghari...aku pon mula menulis...terimalah....


Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar di sisi undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah di sisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.
KONGSI GELAP!!!
 Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi pekerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya. Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu. 
Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. 
Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamak kan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi.
 Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".
Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi. Justeru itu tepuk dada tanya iman ?.adakah Angkatan Tentera Fisabilillah yang memperjuangkan Agama, Bangsa & Tanah air & KONGSI GELAP patut DI SAMA kan???


KONGSI MELAYU??

 Pertama: Ahli fisabillillah yang bersumpah dengan kalimah Allah dan Al-Quran sebagai saksi. Bermula di zaman Rasulullah s.a.w. Mempunyai undang2 dan peraturan khusus sebagai seorang pejuang berlandaskan al-Quran dan al-hadis. Misi dan visi perjuangan juga jelas -Agama, Bangsa dan Tanah Air.. Pergerakan bawah tanah.

 Kedua: Ahli kongsi yang bersumpah di hadapan dewa bersaksikan langit dan darah mereka. Bermula pada tahun 1760 semasa dinasti Qing. Mempunyai 36 peraturan dan 21 perlembagaan yang wajib diikuti oleh setiap ahli. Misi dan visi perjuangan juga jelas - Bangsa, Kuasa dan Jajahan. Pergerakan bawah tanah. Yang jelas, kedua-duanya adalah satu perjuangan. Tentera Fisabillillah bersumpah menegakkan Islam, Tentera Merah bersumpah mengembalikan kegemilangan Shao-Lin mereka.

Kedua-duanya juga mementingkan ikhwan insan iaitu perhubungan sesama insan. isu yang nyata sekarang ialah sejauh kekuatan ahli berpegang pada sumpah yang di lafaz? Sekuat mana roh ikrar yang diucapkan? Apa pencapaian kita berbanding mereka? Di mana letaknya nilai ukhuwah apabila semakin ramai berpuak2? Memang kita boleh katakan setiap yang beragama Islam itu bersaudara.

Tetapi realitinya? Adakah kita tetap bersatu hati jika masing2 masih berbangga dan fanatik kan asal-usul sendiri dan mempertikaikan yang lain? Dengan mudah boleh tunjukkan seratus ahli Fisabillillah yang telah bersumpah menjaga rahsia tetapi belum tentu boleh tunjukkan ahli kongsi yang sebenar2 ahli ( tidak merujuk kepada mereka2 yang mendakwa kononnya merekalah ahli kongsi).

Maksudnya di sini, kerahsiaan perjuangan itu sudah tiada apabila pemimpin2 dengan mudah boleh dikesan Jika yang bertanya, sejauh mana kejayaan tentera Fisabilillah? Itu adalah satu soalan yang sukar . Politik? itu mungkin... Ekonomi? Jauh sekali... Moral? Mungkin... Adakah kejayaan itu diukur mengikut bilangan ahli yang direkrut? kalau begitu, ramai yang telah berjaya. Chinatown terdapat dimana2 di seluruh dunia. Mereka telah berjaya dalam perjuangan mereka meluaskan kuasa dan jajahan. Apa rahsianya?

Wallahualam....Namun, tidak semua ahli begitu. Dalam setandan mustahil semuanya gred A belaka... Siapa tahu, mungkin daripada senarai 20 orang terkaya di Malaysia, mereka adalah terdiri daripada ahli-ahli kongsi gelap? Yang baik diikut, yang buruk ditinggalkan... mungkin sebab ini Rasulullah SAW menyuruh umatnya tuntut lah ilmu sampai ke China... Kalau nak suruh jadi doktor atau ahli matematik mahupun saudagar, rasanya tokoh2 Islam lagi advanced zaman dulu.


KONGSI GELAP???
(mungkin betul sebab ada yang gelap!!!)

PBB???

Tuesday, March 22, 2011

erm hari ni..fokus...surat khabar...blog....berita tv......akhirnya aku rasa terpanggil untuk luahakan sesuatu kat blog ni....isu mesir....jepun...libya....apa lagi....banyak!!!..dulu iraq.....pelestin....argkh!!!!


sapa ni penyanyi lagu keamanan??

kalaulah aku ada kuasa segala......hrm......sedih bersemangat!!!! orang berbicara....apa guna PBB..betul juga...apa guna PBB??


aku teringat....satu kajian aku..dalam assignment isu serantau....tentang PBB.....


pada aku...tragedi yang telah meragut ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa itu seharusnya dilihat sebagai sebuah simbol kegagalan masyarakat antarabangsa menangani krisis kemanusiaan yang berlaku di merata dunia . Sebagai contoh, isu di kashmir.....walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) telah mengeluarkan tiga resolusi pada 1948, 1949, serta 1957, ia sekadar terhad di atas kertas semata-mata tanpa ada sebarang usaha yang berkesan yang dilakukan untuk melaksanakannya...


aku bukan cakap kosong......sebagai contoh, Resolusi 122 yang dikeluarkan pada 1957 telah memberikan kebebasan kepada penduduk-penduduk Kashmir untuk menentukan hala tuju politik mereka sendiri seperti mana yang tertera dibawah, “The Final disposition of the State of Jammu and Kashmir will be made in accordance with the will of the people expressed through the democratic method of a free and impartial plebiscite conducted under the auspices of the United Nations.” Kegagalan PBB serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkenaan untuk memainkan peranan secara aktif di dalam kemelut yang sekian lama membelenggu masyarakat Kashmir , secara langsung menyerlahkan sikap pilih bulu di kalangan pengamal-pengamal politik di peringkat antarabangsa yang sering melaungkan retorik untuk memperjuangkan hak asasi manusia.


cuba korang pikir.... apakah tanda aras yang digunakan oleh para pengamal politik antarabangsa ini untuk mengenakan sebarang tindakan serta tekanan kepada pihak yang sengaja melanggar batasan hak asasi manusia, yang telah ditetapkan oleh masyarakat antarbangsa melalui pelbagai piagam serta undang-undang, untuk dilaksanakan badan-badan bertindak antarabangsa seperti PBB, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), mahupun Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Untuk negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (A.S) pula, mengambil pendekatan membisu, walhal kemelut yang melanda Kashmir itu berada dalam ruang lingkup promosinya untuk menegakkan keadilan sejagat.    



kashmir.....


I have to love my country and justice.
Albert Camus - Novelis Perancis

erm...teringin nak menulis....

Monday, March 21, 2011

KELEBIHAN PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM

Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.

Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.

Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.

Syarat yang dikenakan untuk memasuki T6 juga mudah iaitu LULUS dalam SPM dengan KEPUJIAN 3 subjek termasuk BAHASA MELAYU serta berumur antara 17 hingga 20 tahun. Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN – calon mestilah memperolehi jumlah aggregat TIDAK MELEBIHI 8 unit bagi tiga subjek terbaik dan jurusan SAINS, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dengan jumlah aggregat yang tidak melebihi 18 unit. 
( Buletin KPM: WARTA PENDIDIKAN, Bil 2/1999 )

PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM

MATRIKULASI

Tempoh pengajian 3 semester
Sama
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Sama
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

PENUTUP

Semoga dengan pendedahan ini akan meluaskan pengetahuan pelajar khususnya pelajar tingkatan 6 rendah yang baru mendaftar di sekolah. Yang terpenting, pelajar mempunyai semangat dan daya usaha yang kuat untuk berjaya dalam STPM.

Ingatlah, kejayaan seseorang pelajar dalam STPM itu bergantung kepada jumlah kapasiti USAHA pelajar itu sendiri – bukannya kepada faktor popular sesebuah sekolah ataupun nama sesebuah sekolah itu.

OK, TAHNIAH, SYABAS DAN SELAMAT DATANG KE ALAM FORM SIX !

pstt... : teringat zaman sekolah dulu hahaha...zmn form 6..


Sunnah orang berjuang....

Sunday, March 20, 2011

dalam sedar tak sedar dah lebih 10 program motivasi aku terlibat...erm bermula dri pas stpm lagi..ya Allah...terima kasih kerna izinkan aku memiliki jiwa itu.....

erm.....bukan untuk berbangga...atau riak..sekadar muhasabah diri...
bila aku bagi nasihat kat orang..motivasi ...adakah aku laksanakan..apa yang aku sampaikan???
apakah aku tergolong dalam golongan orang MUNAFIK???? HIPOKRIT....!!!!
Subahanallah....aku mohon dijauhkan sifat2 itu Ya ALlah....

yang penting niat aku benar ikhlas kerna Mu ya ALLAH...
membantu golongan2..yang kabur...seperti mana yang pernah aku lalui dahulu...
aku tidak mahu mereka tersalah langkah seperti mana yang pernah aku lakukan... ALLAH.....

sekadar...memotivasi diri...

SENARAI PROGRAM MOTIVASI...

1. Kem Kepimpinan SMK TAPAH Perak 2008
2. Motivasi Bina Insan SMK Sultan Abdullah Chendrong Balai Perak 2008
3. Motivasi Persediaan STPM SMK Abu Bakar Baqir Bagan Serai Perak 2009
4. Motivasi Bina Insan ASPURA SMK Hamid Khan Tapah Perak 2009
5. Motivasi Persediaan STPM SMK Tapah Perak 2009
6. Kem Kepimpinan SMK TAPAH Perak 2010
7. Motivasi Bina Insan SMK Kenering Grik Perak 2010
8. Slot LDK MSK Julai UPSI 2010
9. Motivasi Bina Insan SMK Ahmad Pekan Pahang 2010
10. Motivasi Bina Insan SMK Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak 2010
11. Motivasi Bina Insan SMKA Al-Maarif Kuantan Pahang 2010
12. Motivasi Form Six Di Hati SMK Dato Onn Batu Pahat Johor 2010
13. Motivasi Bina Insan SMK Gedangsa Selangor 2010
14. Motivasi Persediaan STPM SMK Tapah Perak 2010
15. Motivasi Persediaan SPM SMK Panglima Perang Kiri Perak 2010
16. Slot LDK MSK Disember UPSI 2010
17. Motivasi Bina Insan SMK Malim Nawar Perak 2011
18. Motivasi Bina Insan SMK Dato Onn Batu Pahat Johor 2011
19. Motivasi Form Six Di Hati SMK Benut Pontian Johor 2011
20. Motivasi Bina Insan SMK Dato Zulkifli Perak 2011


dan mungkin ini garapan untuk semua .....


antara..cerita hati2 terbungkam...

Kalau saya kata saya nak buat . jadi saya akan buat.

Saturday, March 19, 2011

pulang dari pulau bidong... 5-9 mac..esoknya..10 mac teros g SMK Dato Onn, Bt Pahat Johor.
nk kongsi ni..nk bagi boleh program aku mula gerak kerja dari bulan 12 tahun lepas....

kronologi...

1.saya ke bt pahat bermesyuarat sendiri dgn YDP MPPT6 diorang saudara Faridz Jamil...dan rakan2 seperjuangannya....


mesyuarat pertama Program motivasi SMK Dato Onn..(rindu tomyam)

2. setelah itu, beberapa siri..meyuarat jarak jauh diadakan..fb ke..hp ke...(aku kot yg selalu kol diorang cit!!!)
aku bimbing mereka wat surat, proposal...sponsar..alhamdulilah dgr cakap....

3. tiba saatnya surat jemputan berjaya di hantar kepada pihak aku..dan..bermulalah gerak kerja aku secara rasmi...aku pulun betoi2..demi budak2...ni..

4. masalah demi masalah datang..bajet..masa..MPP...bus....tapi aku dan suman serta rakan yg lain rempuh jugak...walau tercalar sikit luka pada...kulit USAHA ini....

5. aku terus pantau adik aku berdua yg jadi pengarah dan timbl pengarah ni dari jauh...aku tau diorang mati2an nk gak program ni jadi...alhamdulillah...mereka TABAH..nk jadi cam abg2 diaorang kot haha

6. tanggal 11 feb aku dan suman serta felo kesayangan cik asiah...bergerak untuk mesyuarat rasmi pertama bersama pihak sekolah...alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

7. tanggal 10 - 12 mac jadi saksi..ikhlas bersulam usaha menzahirkan..kejayaan...
PROGRAM BERJAYA DILAKSANAKAN...tahniah buat semua!!!


saya bangga dengan figura (senyum ;-)


usaha Bersulam IKHLAS...



barisan rakan UKLK yg berjuang habis2an....



UKHWAH


mereka jiwa saya...

Pulau Bidong dalam kenangan...

hehee..maap la lama menyepi..eh...map bkn ada orang follow pon blog ni..jadi tulis untuk diri sendiri...haha....
yeah selepas....hanis PRK hari tu....dapat la ke Terengganu....pertama kali seumur hidup ni...hehe..amik lesen scuba..bersama rakan dari ipt lain cam..UPM, UTEM,UMT, UPNM..hhee...
tarak taw apa mau cakap just nk ucap tahniah wat semua sebab lulus ujian dan dapat lesen hehhe!!!


Team Scuba Dari Upsi..(SAMAK SCUBA TEAM)


Berada pada kedalaman 60 kaki @ 18 meter..di Underwater Malaysia Gallery


Dive ketiga..dalam hujan..3 kesejukkan dan satu keRELAKSkan...hehehe


Bersama Instruktor kami... En. Baharim...


Team Terbaik Scuba..(semua lulus)

salam 1 bulan hahahaha

Tuesday, March 15, 2011

mak ai dah sebulan tk buka blog ni..busy dan...busy...heheh..
erm....ada erm..3 perkara penting kot dalam sebulan ni...

1. PRK UPSI..hehe

aku dan suman cipta sejarah....Parti Tapir membuktikan berjuang dengan cara bersih itu suci..cewah....erm...dan akhirnya Allah pilih aku untuk berada dalam 5 senarai calon umum daripada 17 calon yg bertanding..alhamdullilah...man..walaupon kau kalah..tapi smgt ko..tetap ada bersama aku man...ko shbt aku yg terbaik....

yang aku tk sangka tu...ramai plak yang bersama kami...alhamdullilah..gerakan yang aku buat sendiri bersma suman...di sokong ramai..walau masih baru..tapi gelombang dia..pergh....hahahaa....menggegar UPSI....sampaikan..MPP dari U luar pon respect masa aku g scuba baru2 ni...alhamdulilah...rezeki Allah...terima kasih buat semua yang bersama kami.....

sekarang aku dah jadi EXCO MPP...besar tanggungjawab....insyaALlah...akan aku tunaikan tanggungjawab itu...sebaik mungkin...


antara persahabatan dan satu perjuangan...


terima kasih buat semua yang menyokong...keikhlasan anda....inspirasi kami...


nikmat sebuah perjuangan.....

alahai malas plak nk sambung...hehe..nanti2 la.ek..nantikan 2 lagi cerita terbaik yang rasanya turut menjadi sejarah dalam hidup aku..insyaALlah.....

mood : rindu 2 penghibur jiwa..(pt hj ibrahim & pt hj bajuri)
pst...abg rindu korang...